Tuesday, July 26, 2011

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~

Friday, July 22, 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU....PERASAAAN INI...

Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuanAda naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi

Andainya lelaki tahu
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh

Kerana andainya lelaki tahu
Hati itu akan senantiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah

YA ALLAH.....SUSAHNYA MENJAGA HATI INI YANG BEGITU MENYINTAINYA....
AKU MENGHARAPKAN IA NYA BERAKHIR DGN SEPERTI INI...TETAPI KU TAHU IA PASTI TIDAK AKN SEBEGITU...SEPERTI YG AKU HARAPKAN


Tuesday, July 19, 2011

kisah tiara

assalamualaikum..post ni adalah post 1st yang tiara tulis oke..tiara pon tak tahu nak tulis ape..so bile da fikir punye fikir..tiara rase tiara kene kenalkan diri dululah..
okey,nama saya siti tiara..umur da bnyak,21 tahun..sekarang tiara masih menuntut di salah sebuah kolej swasta kat ibu kota ni..PICOMS (pusrawi international collage of medikal science).
tiara ni anak bongsu ye..anak last dari 9orang adik beradik..ade 4kakak n 4abang..
tapi adat la kan,anak bongsu selalu dikongkong n semua pergerakan tiara terbatas..sampaikan nak pergi rumah kawan untuk buat kerja sekolah pon ade time limitnye..
tp sebab dah terbiase,so tiara tak terlalu rase stress..
bila tiara da remaja(dalam umur 14tahun gitu),tiara mula rasa stress bile kehendak tiara tersekat.. ala..alam cinta monyet kan,semua orang ade kapel,tp tiara tak berani nak melayan mane-mane lelaki pon..

bila tiara da tamat blaja high school(lepas SPM),stress tiara makin menjadi-jadi..ayahnda tiara memang seorang ayah yang tegas dan garang..buat hari-hari tiara ditemani air mate..:(

so..dengan result SPM yang cukup-cukup makan tu,tiara apply untuk sambung diploma dekat kolej kesayanganku (PICOMS) ini..denagn bantuan kakak tiara,kak hani..
and alhamdulillah,tiara diterima di kolej ini..

di sinilah segala-galanya bermula..
hari pendaftaran,tiara tengok ramai freshie menangis sebab terpaksa berpisah dengan parentz diorang.. tiara pula yang baru kali pertama berjauhan dengan bonda dan ayahnda rase sangat-sangat exited untuk tinggal berjauhan dengan mereka..
malam pertama tanpa bonda,rase takut sangat.. tapi ketakutan hilang bila dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru tiara..

housemate tiara mase kami tinggal kat bandar baru sentul ade 7 orang..

dari kiri: jia,linda,meen,syasya,tiara,kia,ummi
meen mendapat tawaran ke kolej KKM dan terima la tawaran tu.
syasya pulak tidak dapat meneruskan pengajian atas masalah peribadinya..

dan sekarang,baru tiara faham erti berdikari..
tidaklah sesukar yang tiara sangkakan..
mungkin keinginan tiara untuk hidup sendiri terlalu tinggi,jadi kehidupan berdikari adalah kehidupan yang sangat menyeronokkan..
dikelilingi sahabat yang sangat menyeronokkan dan dapat banyak pengalaman..

pape pon,guys...aq sayang korang sampai mati
tengs sebab manjadi sahabat aq yang sangat besh!
luv u oll frens.. =)